Connect with us

Oh! Media

Lebih Setahun Disembunyikan, Mayat Bayi Ditemui Dalam Peti Sejuk

peti sejuk

Trending

Lebih Setahun Disembunyikan, Mayat Bayi Ditemui Dalam Peti Sejuk

Kejadian di perkampungan Wa Ket, Muang, Chiang Mai Thailand, mayat bayi yang baru lahir telah ditemui dalam peti sejuk di sebuah rumah yang dipercayai disembunyikan oleh bapanya setahun yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hati Saya Hancur..” – Ibu Terkejut Mentua Suap Bayi Usia 3 Hari Dengan Biskut

Menerusi laporan Awani, Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai menyatakan pekerja yang diupah untuk mengubah suai rumah di daerah itu telah terjumpa mayat bayi tersebut dalam keadaan berbalut dengan tuala kuning.

Milik pasangan kekasih

Mayat bayi disembunyi bapa lebih setahun dalam peti sejuk

Bayi tersebut dikatakan milik pasangan kekasih yang menetap di rumah itu. Bayi itu mati selepas dilahirkan dan pasangan tersebut tidak dapat mengebumikannya kerana ibunya ditangkap atas dakwaan mencuri.

Pemilik asal rumah tersebut telah berpindah masuk sebelum ibu bayi itu dihantar ke penjara. Semasa proses pemindahan, pekerja yang mengubah suai rumah itu terjumpa mayat bayi yang dibungkus dengan mainan dalam peti ais.

Pegawai polis dan pasukan penyelamat mendapati mayat bayi itu telah meninggal dunia lebih setahun yang lalu.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas