Connect with us

Oh! Media

“Lebih Baik Kucing Itu Mati Daripada Saya” – Tuan Rumah Percaya Makan Daging Kucing Boleh Rawat Diabetes

Ohmedia kucing

Oh! Tidak

“Lebih Baik Kucing Itu Mati Daripada Saya” – Tuan Rumah Percaya Makan Daging Kucing Boleh Rawat Diabetes

Sebelum ini kami pernah melaporkan berita tentang seorang remaja sengaja membakar kucing. Tapi kes kali ini lagi mengejutkan.

Difahamkan seorang lelaki di Indonesia yang dikenali sebagai Nuryanto telah ditahan selepas didakwa menyembelih dan makan daging kucing dengan alasan mahu menyembuhkan penyakit diabetesnya.

Aktiviti kejam ini dibongkarkan oleh salah seorang penyewa Noryanto selepas terdengar bunyi pukulan dari luar dan menjengah untuk mengetahui apa yang berlaku.

IKLAN

Menerusi video tiktok yang dikongsikan, penyewa terbabit nampak tuan rumahnya membawa seekor kucing jalanan yang sering diberi makan ke belakang rumah untuk dimasak.

Kalau saya makan daging, ayam, ikan, kadar gula saya tinggi.

Ohmedia kucing 2

Lebih rela kucing mati

Tak puas hati, penyewa itu bertanya kepada tuan rumah tersebut tentang tindakan yang dilakukan olehnya.

Beli dengan duit siapa? Maaf jika kamu terganggu. Diabetes saya sangat teruk.

Lebih baik kucing itu mati daripada saya.

Susulan itu, laporan dibuat ke atasnya dan suspek telah pun ditahan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Gunungpati Semarang Pesuruhjaya Agung Raharjo turut mendedahkan Nuryanto telah menyembelih dan memakan 10 ekor kucing dalam masa setahun.

Khabarnya, dia percaya dengan memakan daging kucing, boleh mengubati penyakit kencng manis yang dihidapi selama 10 tahun.

Ohmedia kucing

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok | CNN Indonesia


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas