Connect with us

Oh! Media

Lagi 1.2 Peratus, Rakyat Malaysia Semakin Hampir Untuk Rentas Negeri

Rentas Negeri

Trending

Lagi 1.2 Peratus, Rakyat Malaysia Semakin Hampir Untuk Rentas Negeri

Seperti yang kita semua sedia maklum, apabila lengkap 90 peratus vaksinasi dewasa, kerajaan akan membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas negeri. Kini, masanya sudah hampir tiba.

ADVERTISEMENT

BACA: Negeri Belum Cukup 80 Peratus Vaksinasi Tidak Boleh Direntas?

Berdasarkan data pada 7 Oktober 6.55 pagi tadi, sebanyak 88.88 peratus atau seramai 20,786,568 rakyat Malaysia dewasa yang sudah lengkap 2 dos vaksinasi. Ini bermakna, hanya 1.2 peratus sahaja lagi untuk kita menunggu keputusan kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri.

Klang Valley mencatat populasi tertinggi

Berdasarkan CovidNow, populasi dewasa yang sudah lengkap sekurang-kurang 1 dose adalah 94.6 peratus. Klang Valley telah mencatat 111.9 peratus lengkap vaksinasi dewasa, diikuti W.P. Labuan 99.0 peratus dan Negeri Sembilan 98.4 peratus. Semakin banyak negeri yang sudah hampir lengkap kadar vaksinasi dewasa.

Menerusi laman Kosmo, sebanyak 209,907 dos suntikan telah diberikan diseluruh negara. Namun, ada beberapa negeri masih belum mencapai 80 peratus kadar vaksinasi dewasa, iaitu Sabah (63.3%), Kelantan (72.9%), Perak (77.3%), Kedah (78.2%) dan Pahang (79.0%).

Sementara menunggu sehingga 90 peratus, sesiapa yang belum mendaftar tu, jangan lupa daftar diri anda untuk vaksinasi. Sama-sama kita jaga kita! Ingat, kalau tak vaksin, duduk rumah je tau!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas