Connect with us

Oh! Media

KKM Nak Lahirkan Generasi ‘Tak Kenal’ Rokok?

ROKOK

Trending

KKM Nak Lahirkan Generasi ‘Tak Kenal’ Rokok?

Sudah banyak kempen dilakukan bagi mengawal masyarakat untuk tidak merokok, namun kesemua kempen tersebut tidak mampu mengurangkan kesedaran masyarakat terhadap ‘rokok.’

ADVERTISEMENT

BACA: Cukai Rokok Dinaikkan Lagi?

Menerusi laporan Kosmo, Kementerian Kesihatan berharap untuk menggubal perundangan baru yang dikenali sebagai Akta Kawalan Tembakau dan Merokok dalam persidangan Parlimen tahun ini.

Untuk lahirkan anak muda tidak kenal apa itu rokok

ROKOK

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan, undang-undang yang lebih tegas ini akan melahirkan generasi akan datang yang tidak kenal apa itu rokok dan produk yang seangkatan dengannya.

Pada saya, peruntukan akta ini memang harus diwujudkan segera demi memastikan sampai satu masa kelak, anak muda generasi terakhir kita akan tidak kenal apa itu rokok.

Menerusi akta baru ini, Khairy telah merujuk kepada Peraturan Kawalan Hasil tembakau 2004 (Pindaan 2008) yang diwartakan pada 2020 sebagai undang-undang larangan merokok.

Walaupun menurutnya akta baru ini akan mendapat kecaman dan mengundang kontroversi, ianya tetap harus dijalankan untuk kawal tred gejala merokok.

Akta ini juga nanti akan memperuntukkan apa yang diharapkan sebagai generation end-game, iaitu generasi penamat perbuatan merokok di Malaysia untuk tempoh jangka panjang.

Benda baik kita kena la sokong kan? Semoga akta baru yang bakal dibuat ini mampu melahirkan generasi akan datang yang lebih sihat dan bebas rokok!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas