Connect with us

Oh! Media

“Kita Perlu Percaya Fakta” – Anak Rosmah Sokong Mahkamah, Anggap Itu Adalah Keputusan Tepat

Trending

“Kita Perlu Percaya Fakta” – Anak Rosmah Sokong Mahkamah, Anggap Itu Adalah Keputusan Tepat

Anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Azrene Ahmad tampil menyuarakan pendapat di Instagram tentang kes rasuah membabitnya ibunya itu.

ADVERTISEMENT

Azrene yang juga isteri kepada selebriti dan chef, Datuk Fazley Yaakob berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat terhadap isteri Najib Razak itu.

Jelasnya, keputusan mahkamah perlulah dihormati dan jika perlu, dia ingin perkara tersebut diselesaikan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Kita perlu percayakan fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk capai penghakimannya tanpa halangan dan rasa takut.”

Azrene turut menegaskan bahawa dia akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana itulah tanggungjawab sebagai rakyat dan manusia.

Walaubagaimanapun, Azrene juga akui akan terus mendoakan yang terbaik untuk mereka (Najib dan Rosmah) dan mengharapkan yang terbaik berhubung kes membabitkan mereka berdua.

Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk.”

Sekadar info, Rosmah didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kepada, namun ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan beliau.

Kredit: Instagram Azrene Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas