Connect with us

Oh! Media

Khairy Jamaluddin Umum Dos Penggalak Kedua Disyorkan Kepada Kumpulan Ini

Dos penggalak

Oh! Tidak

Khairy Jamaluddin Umum Dos Penggalak Kedua Disyorkan Kepada Kumpulan Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan agar individu yang sihat dan berumur di antara 50 dan 59 tahun untuk menerima suntikan dos penggalak kedua. Alamak! Ingat dah habis dah bab cucuk-cucuk ni.

ADVERTISEMENT

BACA : ‘Saya Takkan Ambil Suntikan Vaksin Pfizer & Ingin Jadi Orang Pertama Terima Vaksin Seterusnya’ – Khairy Jamaluddin

Menurut laporan Astro Awani, pengambilan dos itu adalah sebagai usaha untuk kumpulan itu melindungi diri daripada sebarang risiko yang teruk dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Saya juga pada hari ini ingin mengumumkan bagi pemberian dos penggalak kedua yang telah kita syorkan kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan juga mereka yang berisiko tinggi iaitu 18 hingga 59 tahun.

Beliau juga mengumumkan bagi sesiapa yang sihat berumur 50 hingga 59 tahun boleh diberikan vaksin jika mahu memberi perlindungan daripada risiko yang teruk.

Perkara ini bangkit selepas Menteri Kesihatan diminta Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) untuk menyatakan keadaan terkini ancaman varian baharu COVID-19 dan tindakan kementerian menghadapinya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas