Connect with us

Oh! Media

KFC Buat Promosi 2 Zinger Chop Hanya RM22 Jer Pada 22.2.22, Berbaloi Gila!

Oh! Tidak

KFC Buat Promosi 2 Zinger Chop Hanya RM22 Jer Pada 22.2.22, Berbaloi Gila!

Rasanya ramai yang taktahu bahawa KFC ada keluarkan menu ‘western’ iaitu Zinger Chop. Mesti ada antara korang yang belum pernah cuba kan?

ADVERTISEMENT

Zinger Chop ini diinspirasikan daripada chicken chop yang merupakan salah satu makanan ala Barat kesukaan rakyat Malaysia. 

Esok bersamaan 22.2.2022 merupakan hari yang tepat untuk korang cuba Zinger Chop sebab KFC buat promosi tau. Dengan hanya RM22 jer, korang boleh dapatkan 2 Zinger Chop, memang berbaloi gila!

2 cara tebus 2 Zinger Chop

Terdapat dua cara untuk korang tebus promosi ini sama ada secara online melalui aplikasi ataupun walk-in.

Untuk walk-in, korang hanya perlu tunjukkan post di link ini kepada mana-mana cawangan KFC berdekatan kecuali di lapangan terbang, Genting Highlands dan Medini Mall. 

Untuk tebus secara online pula, korang buka jer aplikasi KFC ataupun lawan web rasmi mereka, kemudian pilih ‘delivery’ ataupun ‘Self Collect’ dan ‘Add to cart’. Senang kan?

Promosi ini hanya sah pada tarikh 22.2.2022 sahaja tau daripada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka berkenaan promosi ini. Jangan kata kami tak kongsi pula ya nanti.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas