Oh! Tidak
Ketua Pembangkang Korea Selatan Ditikam Ketika Lawatan Di Busan
Negara Korea Selatan dikejutkan dengan berita mengenai Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae Myung yang diserang semasa mengadakan lawatan ke bandar pelabuhan Busan, hari ini.
Difahamkan, Jae Myung, pengerusi Parti Demokratik telah ditikam di bahagian kiri leher oleh seorang lelaki tidak dikenali dan terus dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Pusan kira-kira 20 minit selepas serangan.
Video shows the moment South Korean opposition leader Lee Jae-myung was stabbed in his neck at press conference in Busan, South Koreahttps://t.co/o2AHH4jP5o#Korea #SouthKorea #stabbing
— Raw Reporting (@Raw_Reporting) January 2, 2024
Kejadian berkenaan berlaku ketika sesi soal jawab selepas meninjau tapak pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Gadeok di Busan.
Malah, suspek berpura-pura sebagai penyokong Jae Myung untuk mendekati ahli politik itu sambil meminta tandatangan sebelum menyerang menggunakan senjata tajam sepanjang kira-kira 20-30 sentimeter.
Beberapa video insiden itu telah tular dan memaparkan anggota polis bergegas menangkap suspek berkenaan yang memakai topi tertera nama Jae-myung.
Dalam pada itu, anggota kecemasan kemudian membawa pemimpin pembangkang itu ke sebuah hospital menggunakan ambulan.

Ketua pembangkang Korea Selatan itu dipercayai mengalami pendarahan tetapi berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pemimpin pembangkang itu dan mengarahkan polis dan pihak berkuasa berkaitan untuk melakukan siasatan segera, menurut jurucakapnya Kim Soo Kyung.
BACA: Sukakan Manisan? Jom Cuba 4 Pencuci Mulut Dari Korea Selatan Ini
Sebelum ini kami ada kongsikan, 4 pencuci mulut yang wajib anda cuba apabila melancong ke Korea Selatan.
Kredit: SinarHarian l Platform X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM