Connect with us

Oh! Media

Kes Zayn Rayyan: Kesan Darah Dikesan Dalam Bilik Dan Bilik Air

zayn rayyan

Oh! Tidak

Kes Zayn Rayyan: Kesan Darah Dikesan Dalam Bilik Dan Bilik Air

Perbicaraan kes kematian tragis kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin, terus membuka mata ramai apabila saksi pendakwaan mendedahkan penemuan penting melibatkan kesan darah di rumah keluarga mangsa.

Menurut Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail yang juga pegawai penyiasat kanan ketika itu, proses luminol dilakukan oleh pasukan forensik di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada malam 9 Disember 2023 bagi mencari kesan darah di lokasi kejadian.

IKLAN

Proses luminol adalah bertujuan untuk mendapatkan tindak balas kesan darah yang berada di sesuatu tempat kejadian.- Jelasnya kepada Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dalam perbicaraan hari ke-17 di Mahkamah Sesyen.

Beliau turut mendedahkan bahawa siasatan mendapati terdapat kesan darah di bilik nombor dua dan juga dalam bilik air rumah mangsa.

Kesan DNA adalah milik tertuduh…

Ibu bapa Zayn Rayyan

Ketika ditanya lebih lanjut, Mohd Hafizee menyatakan bahawa calitan yang dihantar kepada Jabatan Kimia mendapati DNA yang dijumpai dalam bilik air adalah milik tertuduh, Zaim Ikhwan.

Mengulas hasil percakapan tertuduh, beliau memberitahu bahawa Zayn pernah mengalami pendarahan hidung dan kadangkala mencalitnya pada dinding di dalam bilik.

Selain itu, si ibu, Ismanira, turut menyatakan anaknya pernah berdarah akibat terkena pisau cukur.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan kepada mahkamah mengenai pemilik sebenar darah yang dijumpai dalam bilik kedua.

Perbicaraan kes ini masih berjalan dan akan bersambung pada esok hari.

Pssttt! Kes ini cukup menyentuh hati rakyat Malaysia dan membuka mata kita semua betapa pentingnya pengawasan, kasih sayang dan keselamatan terhadap anak-anak, lebih-lebih lagi yang mempunyai keperluan khas. Jangan cepat menilai tanpa bukti, tapi jangan pula tutup mata bila ada kejanggalan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas