Connect with us

Oh! Media

Kes Pertama ‘Amoeba Pemakan Otak’ Di Korea Selatan, Masyarakat Dinasihat Tak Berenang Di Kawasan Air Tawar

Oh! Tidak

Kes Pertama ‘Amoeba Pemakan Otak’ Di Korea Selatan, Masyarakat Dinasihat Tak Berenang Di Kawasan Air Tawar

Kes pertama jangkitan Naegleria Fowleri atau dikenali sebagai ‘amoeba pemakan otak’ ditemui di Korea Selatan baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Virus Cacar Monyet Dah Merebak Di Malaysia, Ini Jawapan KKM

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) telah mengesahkan kematian seorang lelaki berusia lingkungan 50-an disebabkan sel itu.

Dilaporkan, lelaki itu maut selepas pulang dari Thailand pada 10 Disember lalu. Dia yang merupakan warga tempatan Korea Selatan tinggal di Thailand selama empat bulan.

Sel maut

KDCA melakukan ujian genetik ke atas tiga jenis patogen penyebab Naegleria fowleri untuk mengesahkan punca kematiannya.

Keputusan ujian itu menunjukkan gen dalam tubuh lelaki itu adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis di luar negara

Berdasarkan rekod sehingga 2018, sebanyak 381 kes Naegleria fowleri dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk India, Thailand, Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun.

Organisma sel itu hidup dalam tanah dan air tawar hangat seperti mata air panas, sungai dan tasik seluruh dunia. Ianya juga merebak memasuki tubuh manusia melalui hidung dan menuju ke otak.

Antara simptom awal termasuk sakit kepala yang teruk, demam, loya atau muntah dan tempoh inkubasi bagi sel tersebut boleh mencecah ke 15 hari.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KDCA menasihatkan orang ramai untuk tidak berenang di kawasan di mana penyakit itu dikesan meskipun penyebaran antara manusia adalah mustahil.

Sebelum ini pernah tular juga kes kematian seorang lelaki disebabkan virus Pseudorabies yang menyerang sistem saraf otak di China.

Lelaki yang berumur 43 tahun itu mengalami simptom demam panas, sakit kepala, sawan dan koma sebelum disahkan meninggal dunia.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas