Connect with us

Oh! Media

Kes Meningkat, Polis Akan Ambil Tindakan Terhadap Penduduk Kedah Rentas Negeri Ke Perlis

kes meningkat

Oh! Tidak

Kes Meningkat, Polis Akan Ambil Tindakan Terhadap Penduduk Kedah Rentas Negeri Ke Perlis

Perlis merupakan negeri yang sentiasa memiliki jumlah kes positif Covid-19 yang sedikit. Adakalanya 0 kes didapati di Perlis. Namun, sejak kebelakangan ini, kes di Perlis semakin meningkat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri” – Khairy Jamaluddin

Pada 7 Oktober 2021, kes Covid-19 di Perlis meningkat sebanyak 200 orang positif dan membuatkan Polis akan mengambil tindakan tegas kepada penduduk di negeri Kedah yang cuba untuk merentas ke Perlis secara haram.

Bekerjasama dengan KKM

kes meningkat

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengambil serius hal itu dan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan semua penduduk di negeri itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif COVID-19 di Perlis.

Jika ada penduduk negeri ini yang didapati rentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan virus itu di sana (Perlis), polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk kompaun.

Datuk Kamarul Zaman berkata, pihak polis akan melakukan rondaan dan siasatan di setiap lorong tikus yang digunakan oleh penduduk Kedah untuk merentas ke Perlis. Hal ini kerana, sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan yang peningkatan kes melonjak di Perlis berpunca dari aktiviti rentas negeri secara haram.

Kes yang melonjak naik sehingga cecah 200 orang juga dipercayai berpunca daripada aktiviti rentas negeri secara haram yang dilakukan oleh penduduk Kedah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas