Connect with us

Oh! Media

Kes Makin Meningkat, Sempadan Negara Bakal Dibuka Dalam Masa Terdekat?

sempadan negara

Trending

Kes Makin Meningkat, Sempadan Negara Bakal Dibuka Dalam Masa Terdekat?

Kenaikan kes di negara kita buat masa ini tidak menghalang kerajaan untuk membuka sempadan negara dalam masa terdekat.

ADVERTISEMENT

BACA: Sempadan Negara Akan Dibuka? Nantikan Keputusan Kabinet – Hishammuddin

Menerusi laporan Harian Metro, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) optimis Malaysia akan dapat buka pintu sempadan negara dalam masa terdekat.

Keutamaan kepada negara jiran dan Asia

sempadan negara

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan pembukaan sempadan ini akan dilakukan secara berperingkat dan negara jiran dan Asia akan diberi keutamaan.

Perancangan dibuat berdasarkan kejayaan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi yang memiliki lebih 720,000 pelacong domestik dan antarabangsa yang dilaksanakan sejak tahun lepas.

Dari situ, kita sudah sudah mempunyai keyakinan boleh membuka sempadan antarabangsa, namun ia perlu diteliti lagi sebab ada negara belum benarkan orang mereka keluar.

Jadi kita perlu meneliti keperluan untuk membuka secara keseluruhan, bukan lagi gelembung.

Kita optimistik ke arah itu kerana persiapan sudah dibuat.

Nancy juga menegaskan pembukaan sempadan tidak semestinya akan dilaksanakan pada 1 Mac kerana kerajaan masih perlu meneliti penularan jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Perbincangan mengenai kebenaran kemasukan rakyat Malaysia bersama beberapa negara jiran seperti Singapura, Filipina dan Thailand telah dilaksanakan.

Semoga semuanya dipermudahkan dan pembukaan semula sempadan tidak mencetuskan lebih banyak kluster Covid-19 pada masa akan datang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas