Connect with us

Oh! Media

Sempadan Negara Akan Dibuka? Nantikan Keputusan Kabinet – Hishammuddin

sempadan negara

Trending

Sempadan Negara Akan Dibuka? Nantikan Keputusan Kabinet – Hishammuddin

Sebelum ini, Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah syorkan untuk sempadan negara Malaysia dibuka sepenuhnya pada 1 Mac tanpa perlu kuarantin wajib.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Perlu Kuarantin Mulai 1 Mac, Saarani Harap Pelancong Tak Bawa ‘Virus’

Menurut Awani, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengalu-alukan saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengenai sempadan negara yang akan dibuka pada 1 Mac untuk pulihkan sektor ekonomi dan pelancongan.

Perlu bawa perkara ini ke kabinet

sempadan negara

Menurut Hishammuddin, keputusan sama ada wajar atau tidak untuk membuka sempadan perlu dimuktamadkan dalam mesyuarat kabinet terlebih dahulu.

Kita mengalu-alukan cadangan pembukaan sempadan tetapi keputusan tak boleh dibuat di peringkat ini… kena tunggu perkara ini dibawa ke Kabinet atau Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Pembukaan semula sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang untuk mengelakkan penularan Covid-19 menjadi lebih teruk di negara kita.

Semoga keputusan yang akan dibuat nanti adalah yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas