Connect with us

Oh! Media

Kes Gangguan Seksual Ebit Lew, Saksi Pertama Dipanggil Semula

Trending

Kes Gangguan Seksual Ebit Lew, Saksi Pertama Dipanggil Semula

Mohd Fairuz Abu yang merupakan saksi pertama bagi perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew dijangka dipanggil semula Mahkamah Majistret Tenom.

ADVERTISEMENT

BACA: Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Di WhatsApp

Difahamkan keputusan itu dibuat bagi membolehkan pihak mahkamah menyambung pemeriksaan balas membabitkan saksi berkenaan.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi prosiding perbicaraan kes gangguan seksual Ebit sebelum tarikh baharu perbicaraan akan ditetapkan.

Sementara itu, Ebit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser sambil ditemani peguam.

Pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas