Connect with us

Oh! Media

Keretapi Langgar Axia Putih Di Pelabuhan Johor, Salah Siapa?

49ff5f90 667d 45e6 8c32 546e118c9a25

Trending

Keretapi Langgar Axia Putih Di Pelabuhan Johor, Salah Siapa?

Tular satu video di media sosial menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dilanggar kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) semalam. Apa kes?

BACA : Tular Video Lelaki Berjubah Putih ‘Berdoa’ Ketika Tunggang Motosikal

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

IKLAN
@utusantvofficial Kejadian di Pelabuhan Johor | 13 APR 2022. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ #WIPEITDOWN – BMW KENNY

Jika korang lihat video berkenaan, sebenarnya dah ada seorang penjaga landasan yang menahan kereta dari jauh, tetapi pemandu Axia tersebut kelihatan maju kedepan sewaktu keretapi ingin melintas.

Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki.

Hasil siasatan mendapati bahawa kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri yang tak perasan bahawa keretapi sedang bergerak didepannya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Apapun, sentiasalah peka dan berhati-hati ketika memandu. 

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas