Connect with us

Oh! Media

Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Maut Dirempuh Lori Kontena

Oh! Tidak

Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Maut Dirempuh Lori Kontena

Hari ini muncul satu berita sedih mengenai seorang wanita yang maut kerana dilanggar oleh sebuah lori kontena di Lebuhraya Utara Selatan menghadap arah Utara.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Takkan Maafkan Kamu Semua” – Bayi Meninggal Kemalangan Dengan Lori, Nukilan Si Ayah Buat Netizen Sebak

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihak mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.23 pagi.

Langgar sisi

Pihak bomba memaklumkan kereta dinaiki oleh mangsa dan dua lagi lelaki mengalami kerosakan dan mangsa berada di luar kenderaan ketika kejadian.

Sebuah lori kontena dipercayai melanggar bahagian sisi sebuah kereta jenis Honda Civic yang berhenti di bahu jalan, lori itu telah melanggar seorang wanita yang ketika itu berada di sisi luar kenderaan berkenaan.

Mangsa telah disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital manakala dua mangsa yang terlibat termasuk pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas