Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Akan Bincang Bagi Imbuhan Kepada FAM Ataupun Pemain Harimau Malaya, Lihat Siapa Lebih Layak

imbuhan

Oh! Tidak

Kerajaan Akan Bincang Bagi Imbuhan Kepada FAM Ataupun Pemain Harimau Malaya, Lihat Siapa Lebih Layak

Kejayaan skuad kebangsaan bola sepak melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas 42 tahun sememangnya satu sejarah buat negara. Skuad bimbingan, Kim Pan-Gon ini layak dipuji setelah menunjukkan prestasi bertenaga dengan corak permainan yang terbaik.

ADVERTISEMENT

BACA: Tersebar Video Pemain Harimau Malaya Rai Kejayaan Dalam Kelab Malam, Ini Respon Salah Seorang Pemain

Disebabkan itu, memang patutlah kerajaan memberikan imbuhan khas buat skuad Harimau Malaya.

Memetik laporan Berita Harian, pihak kerajaan akan membincangkan pemberian imbuhan ini minggu hadapan. Perkara itu disahkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan akan melihat samaada FAM atau pemain yang layak menerima imbuhan.

Setakat ini kita belum tentukan bentuk imbuhan, tetapi dimaklumkan skuad Harimau Malaya memerlukan dana untuk mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara.

Justeru, kita akan meneliti perkara ini secara menyeluruh, termasuk kualiti pasukan regu bagi perlawanan persahabatan, sama ada mereka setanding atau lebih baik berbanding skuad Harimau Malaya.

Apapun tahniah sekali lagi diucapkan kepada skuad kebangsaan dan terus tingkatkan mutu permainan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas