Connect with us

Oh! Media

Bayi Terkeluar Dari Rahim, Wanita Mengandung 9 Bulan Maut Kemalangan

mengandung 9 bulan

Trending

Bayi Terkeluar Dari Rahim, Wanita Mengandung 9 Bulan Maut Kemalangan

Semua ibu mengandung mesti tak sabar nak lihat anak yang dikandung lahir ke muka bumi kan? 9 bulan jaga di dalam kandungan, pasti banyak ragam yang dihadapinya. Namun, kisah seorang wanita yang mengandung 9 bulan dan terlibat dengan kemalangan telah menyayat hati kami di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Kejadian di Kampung Banggol Stol Repek, Pasir Mas Kelantan, seorang wanita yang sedang sarat mengandung 9 bulan maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain dalam satu kemalangan.

BACA: Penagih Dadah Serah Diri, Mengaku Tetak Leher Ibu Tiri Hingga Maut

Menerusi laporan Kosmo, kemalangan tersebut berlaku pada jam 7 petang. Selain kecederaan parah, bayi dalam kandungan Nor Haliza Abdul Yazaib terkeluar daripada rahim dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Motosikal bertembung, bayi meninggal dunia

mengandung 9 bulan

Mohd. Nasaruddin M. Nasir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas mengatakan kemalangan ini melibatkan seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Shakim Mohd Zaki.

Menurut sisasatan, motosikal yang dipandu Shakim telah memasuki laluan Haliza dan menyebabkan kedua-dua motosikal bertembung.

Insiden itu menyebabkan kedua-dua motosikal bertembung sehingga bayi di dalam kandungan Nor Haliza terkeluar daripada rahimnya.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala bayi itu masih lagi bernyawa selepas kemalangan, namun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Mohd Shakim juga dibawa ke unit kecemasan hospital dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.45 malam semalam.

Anak kenapa Haliza, Nurul Iman Maisara yang sama-sama membonceng motosikal bersama Haliza turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan luka di tangan serta muka dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Semoga keluarga kedua-dua pihak menerima takdir ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas