Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Masa Bercium Pun Nak Tunjuk?” – Netizen Geli Lihat Pasangan Kongsi Saat Manis

netizen

Oh! Tidak

“Kenapa Masa Bercium Pun Nak Tunjuk?” – Netizen Geli Lihat Pasangan Kongsi Saat Manis

Tak salah nak tunjuk kebahagian dengan pasangan dekat media sosial kita tapi janganlah sampai buat konten yang melampau. Sampai tak ada rasa malu dan kongsi segala perkara luar dalam kain kepada umum. Apa nak jadi ni? Netizen pun dah geli tengok tu…

ADVERTISEMENT

Memang betul, semua orang ada hak untuk buat apa sahaja konten yang mereka mahu tapi gunalah akal yang diberikan Maha Pencipta untuk fikir sama ada konten yang dihasilkan sesuai untuk tontonan umum atau tidak.

Ini tidak, video pasangan suami isteri tukar pakaian dan bercium mulut pun nak kongsi dekat media sosial.

Menerusi rakaman itu, mereka dilihat bermesra dan si isteri pula seronok membantu untuk menyiapkan suaminya memakai baju Melayu lengkap dengan sampin.

Ramai warganet memberikan komen di Twitter dan segelintir daripadanya berkata pada awal video tersebut mereka sangkakan lelaki itu adalah adik wanita berkenaan.

Sesetengah daripada mereka pula ada yang memberikan komen sinis dan menyindir pasangan terbabit kerana membuat konten sebegitu.

Ada juga yang meluahkan rasa ‘geli’ menonton content sebegitu meskipun ia daripada pasangan yang sudah berkahwin kerana tidak sesuai dikongsikan kepada umum.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas