Connect with us

Oh! Media

Kenal Tak Sampai Sehari, Lelaki Diugut Video Bogel Disebar

Lelaki diugut

Oh! Tidak

Kenal Tak Sampai Sehari, Lelaki Diugut Video Bogel Disebar

Seorang lelaki telah diugut oleh seorang wanita yang baru saja dikenalinya melalui aplikasi MiChat pada Sabtu lalu untuk membuat transaksi wang berjumlah RM600 pada hari yang sama. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, semuanya berpunca selepas mereka membuat panggilan video di aplikasi Whatsapp dalam keadaan berbogel. Setelah 5 minit bersembang, tiba-tiba wanita berkenaan memutuskan panggilan dan menghantar video bogel mangsa yang dirakam berdurasi 30 saat. 

Wanita berkenaan kemudiannya bertindak mengugut mangsa untuk melakukan transaksi bernilai RM200 sekiranya tidak mahu video bogelnya tersebar dan akan memadam video berkenaan. Oleh sebab itu, mangsa melakukan tiga kali transaksi yang berjumlah RM600 sebelum membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata bahawa laporan polis dibuat mangsa kerana bimbang imej keluarganya terjejas dan ugutan akan dibuat wanita itu secara berterusan.

Semakan lanjut dilakukan mendapati sebanyak 10 laporan polis diterima Polis Kontinjen Melaka membabitkan kes peras ugut melalui media sosial antara Januari hingga 21 Julai 2021.

Apa sekalipun, jangan mudah kita percayakan orang, apatah lagi orang yang kita langsung tak kenal. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top