Connect with us

Oh! Media

Kematian Mengejut Pelajar IPT Tiada Unsur Jenayah

Trending

Kematian Mengejut Pelajar IPT Tiada Unsur Jenayah

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar tahun akhir di sebuah institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang ditemui di dalam bilik kolej kediamannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Mayat Pelajar IPT Membusuk, Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan tiada unsur jenayah yang terlibat dengan kematian pelajar itu namun, punca kematian masih belum diketahui.

Kita masih menunggu laporan kimia.

Sementara itu, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia, Nuruliman Ibrahim ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan bahawa jenazah pelajar yang bernama Adam Fazery Jeffry telah dibawa pulang ke Segamat, Johor untuk urusan pengebumian.

Allahyarham merupakan anak sulung daripada dua beradik dan cucu sulung kepada keluarganya.

Jenazah Allahyarham telah diserahkan kepada warisnya semalam.

Dalam pada itu, Allahyarham Adam Fazery disifatkan sebagai seorang yang baik serta pendiam dikalangan rakan-rakannya.

Allahyarham seorang pelajar yang baik dan taat kepada ibu dan bapa serta perintah agama. Dia rajin berpuasa dan tidak pernah tinggal solat.

Untuk info, mayat Adam Fazery, 29, ditemukan dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katilnya selepas pihak kawalan universiti berkenaan mendapati terdapat bau busuk dalam bilik pelajar tersebut.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas