Connect with us

Oh! Media

Bertembung Dengan Lori Ketika Hendak Ke Tempat Kerja, Jururawat Maut Di Tempat Kejadian

Trending

Bertembung Dengan Lori Ketika Hendak Ke Tempat Kerja, Jururawat Maut Di Tempat Kejadian

Siapa sangka, perjalanan seorang jururawat yang hendak ke tempat kerja akhirnya bertukar tragedi apabila wanita tersebut disahkan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Memetik laporan daripada Harian Metro, kemalangan yang berlaku pada pukul 6.30 pagi itu melibatkan kenderaan Perodua Myvi yang dipandu mangsa dan sebuah lori jenis Isuzu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, mangsa yang merupakan jururawat di sebuah hospital swasta dilaporkan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Sabak Bernam menghala ke Shah Alam.

Apabila melalui jalan selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis melaporkan bahawa pasukannya terpaksa mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas kerana mangsa dilaporkan tersepit di bahagian pemandu.

Punca kematian mangsa masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas