Connect with us

Oh! Media

Keluarga Arwah Muhammad Adib Tarik Rayuan Ke Atas Bekas Peguam Negara Tentang Tuduhan Hina Mahkamah

muhammad adib

Trending

Keluarga Arwah Muhammad Adib Tarik Rayuan Ke Atas Bekas Peguam Negara Tentang Tuduhan Hina Mahkamah

Terkini, keluarga arwah Muhammad Adib telah menarik balik rayuan yang mereka lakukan bagi mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Jumlah Pampasan Yang Sudah Dibayar Kerajaan Kepada Keluarga Arwah Adib

Perkara ini disahkan firma guaman, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates. Keputusan dilakukan keluarga arwah kerana tidak mahu lagi memangjangkan kes.

Susulan daripada arahan keluarga Muhammad Adib agar rayuan bapanya, Mohd Kassim Abdul Hamid ditarik balik. Peguam telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei lalu. Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Tommy Thomas juga menghantar fail penarikan rayuan pada Selasa.

Keluarga arwah juga menyifatkan isu dengan Tommy Thmas dan AGC sudah selesai dan tamat di sini. Oleh itu, mereka berharap agar masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah meneruskan kehidupan biasa dan memulakan hidup baru.

Jadi, diharapkan agar dapat menghormati keputusan keluarga arwah. Semoga segala urusan dipermudahkan dan tiada lagi kejadian seperti ini berlaku.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas