Connect with us

Oh! Media

Kejadian Mengejut Di Jonker Walk, Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran

jonker walk

Trending

Kejadian Mengejut Di Jonker Walk, Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran

Kejadian di sebuah rumah kedai dua tingkat di jalan Hang Kasturi, Jonker Walk Melaka, seorang wanita warga emas dilaporkan maut dalam kebakaran.

ADVERTISEMENT

BACA: Imam Terlibat Kemalangan Maut Selepas Mengajar Di Maahad Tahfiz

Menerusi laporan Kosmo, kejadian yang berlaku dalam jam 9.30 malam tadi telah melibatkan mangsa, Koo Kim Foong yang berusia 75 tahun meninggal dunia apabila paha dan perutnya melecur antara 60 sehingga 70 peratus.

Tinggal seorang diri

jonker walk

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Raiz Mukhliz Azman Aziz, orang awam memberitahu bahawa wanita warga emas itu tinggal seorang diri di tempat kejadian.

Pasukan polis dan bomba bergegas ke lokasi sebelum mendapati premis itu telah terbakar kira-kira 80 peratus.

Kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba dan pemeriksaan lanjut menemui mayat wanita warga emas melecur antara 60 hingga 70 peratus di bahagian paha dan perut.

Anak mangsa yang hadir di lokasi kejadian juga memberitahu ibunya memang tinggal seorang diri dan mereka telah menyewa selama 70 tahun di bangunan tersebut.

Kes kematian ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka.

Allahu, semoga ahli keluarga kita dilindungi oleh-Nya sentiasa. Korang yang ada ibu ayah tu janganlah tinggalkan mereka keseorangan, bimbang perkara yang tak diingini macam ni berlaku nanti.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas