Connect with us

Oh! Media

Imam Terlibat Kemalangan Maut Selepas Mengajar Di Maahad Tahfiz

Oh! Tidak

Imam Terlibat Kemalangan Maut Selepas Mengajar Di Maahad Tahfiz

Seorang imam masjid berusia 32 tahun maut dalam satu kemalangan apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang.

ADVERTISEMENT

BACA: Instafamous Ditahan Polis Selepas Persembahkan Penari Separuh B*gel Dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Sinar Harian melaporkan bahawa mangsa yang baru sahaja selesai mengajar di sebuah maahad tahfiz menunggang motorsikal jenis Yamaha LC maut di tempat kejadian akibat parah di kepala kira-kira jam 4.15 petang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, siasatan mendapati bahawa mangsa ketika itu dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Tanjong Karang.

Menurut beliau lagi, sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun berhenti di lorong kecemasan ketika kejadian.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang juga imam sebuah masjid di Tanjong Karang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Lim Chee Khon turut menambah bahawa pemandu treler itu dipercayai tidak meletakkan sebarang tanda atau isyarat untuk berhenti di lorong kecemasan semasa kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media




Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas