Connect with us

Oh! Media

Kecoh! Suami Terlantar Di Hospital Sempat Curang Dengan Isteri Pesakit Katil Sebelah

Ohmedia suami isteri curang hospital

Oh! Tidak

Kecoh! Suami Terlantar Di Hospital Sempat Curang Dengan Isteri Pesakit Katil Sebelah

Kecurangan, satu perkataan yang sering menimbulkan kemarahan. Tapi siapa sangka, ia boleh berlaku di tempat yang tak dijangka seperti dalam kawasan hospital, melibatkan pesakit yang sedang terlantar!

Menurut satu perkongsian di media sosial, insiden menyedihkan ini dialami oleh seorang wanita yang setia menjaga suaminya di hospital dan diceritakan semula oleh saudaranya.

Kecurangan bukan berlaku di tempat kerja saja, tapi kat hospital pun ada.- Kata individu tersebut.

Curang dalam diam…

Menurut cerita yang disampaikan, wanita tersebut menjaga suaminya yang tak mampu bergerak dan hanya terbaring di atas katil hospital.

IKLAN

Bagaimanapun dalam diam, si suami menjalin hubungan sulit dengan isteri kepada pesakit yang terlantar di katil sebelah!

Cerita betul ya. Saudara juga, jaga suami sakit kat hospital. (Pesakit) tak boleh gerak langsung. Memang baring je terkulai layu. Jaga sampailah sihat.- Jelas individu itu.

Lebih mengejutkan, sebaik suami wanita itu pulih, dia menceraikan isterinya dan berkahwin dengan isteri pesakit ‘katil sebelah’.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian yang rata-rata mengutuk tindakan si suami. Mereka juga menyelar tindakan isteri pesakit ‘katil sebelah’ yang tergamak curang ketika menjaga suaminya yang sakit.

Yang seorang dah sakit tak sedar diri. Yang seorang lagi, tengah jaga suami sakit pun sempat menggatal. Pelik manusia zaman sekarang ni.- Komen seorang netizen.

Apabila isteri tak jaga yang sakit tu, kata isteri tak guna. Dah jaga sampai elok, dicurangi pula… eh jantan jenis puaka ni memang patut pun biar layu.- Tambah seorang lagi yang geram dengan situasi tersebut.

#OhmediaNasihat

Kecurangan memang sesuatu yang sukar diterima, lebih-lebih lagi bila ia berlaku dalam situasi yang tak disangka. Nasihat Ohmedia, elakkan diri daripada sebarang situasi yang boleh mendekatkan kepada kecurangan.

Ingatlah, setiap perbuatan ada akibatnya, dan dalam Islam, zina adalah satu perbuatan yang sangat dilarang. Hormati pasangan dan jaga ikatan perkahwinan dengan penuh amanah, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Ohmedia suami isteri curang hospital

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas