Connect with us

Oh! Media

Debaran Kian Terasa, Hanya 0.9 Peratus Sahaja Lagi Untuk Rentas Negeri

0.9 peratus

Trending

Debaran Kian Terasa, Hanya 0.9 Peratus Sahaja Lagi Untuk Rentas Negeri

Berdasarkan CovidNow, pada hari ini, 8 Oktober 2021 jam 7.57 pagi, seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus populasi dewasa telah lengkap dua dos suntikan vaksinasi. Ini bermaksud, hanya 0.9 peratus sahaja lagi untuk capai vaksinasi lengkap dewasa pada 90 peratus.

ADVERTISEMENT

BACA: Lagi 1.2 Peratus, Rakyat Malaysia Semakin Hampir Untuk Rentas Negeri

Menjadi keutamaan rakyat Malaysia untuk sentiasa menanti capaian vaksinasi lengkap dewasa mencecah 90 peratus. Hal ini kerana, semua sudah tidak sabar untuk merentas negeri berjumpa dengan keluarga di kampung yang sudah lama tidak berjumpa.

0.9 peratus

SOP sedia ada

Berdasarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, melalui laman sesawang Twitter, hanya 0.9 peratus sahaja lagi sempadan negeri akan dibuka. Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada kekal di restoran, rumah ibadat, tempat awam dan lain-lain.

Khairy Jamaludin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat ujian kendiri sebelum pulang ke kampung atau melakukan aktiviti perlancongan. Hal ini kerana, kita perlulah sentiasa berwaspada dengan keadaan di sekeliling kita dan sama-sama menjaga kesihatan keluarga tersayang.

Lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita dibenarkan merentas negeri. Jadi, perlulah kita sentiasa ingat dan patuh akan SOP yang disediakan. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab demi keselamatan bersama.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas