Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Selepas Makan Tart Keju

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Selepas Makan Tart Keju

Seorang kanak-kanak lelaki yang baru saja berusia 10 tahun meninggal dunia kerana makan tart keju yang dibeli oleh bapanya. Allahu..

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang bernama Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal disyaki mengalami keracunan makanan selepas makan tart itu dan menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis lepas di Sandakan, Sabah.

Arwah mengalami cirit-birit, demam dan hilang selera makan kata Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sana.

IKLAN

Kes kematian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan sejarah memakan makanan yang dibeli oleh bapanya iaitu disyaki tart keju pada 23 Julai lalu (Selasa).

Selepas itu, mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas mengalami sawan pada 24 Julai lepas.

Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana kanak-kanak itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan.

Maklumat awal yang diperoleh, menyatakan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga ada memakan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama serta diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Walau bagaimanapun, siasatan mengenai kes kematian mangsa masih lagi dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Sampel makanan dan persekitaran turut diambil bagi tujuan menentusahkan punca kejadian.

Untitled Design   1

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas