Connect with us

Oh! Media

“Kamu Berdua Biadap!” – Ras Adiba Tuntut Individu Berlakon OKU Mohon Maaf

Trending

“Kamu Berdua Biadap!” – Ras Adiba Tuntut Individu Berlakon OKU Mohon Maaf

Tindakan biadap seorang lelaki yang dikatakan berlakon cacat untuk mendapatkan parking di sebuah pusat membeli belah dikecam ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Berlakon Cacat Untuk Dapat ‘Parking’, Dua Lelaki Terima Kecaman Netizen

Bukan sahaja menyalahgunakan tempat parking khas buat golongan OKU, malah individu itu telah mempersendakan orang kurang berkemampuan.

Susulan itu, Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi, menerusi sebuah hantaran di Instagram menuntut permohonan maaf daripada individu tersebut.

Saya ingin memberikan amaran kepada saudara Iswan dan Ajim. Kalian semua telah mempersendakan dengan menggunakan parkir OKU serta berlakon diri anda sebagai seorang OKU.

Saya pohon kalian meminta maaf kepada komuniti OKU di negara kita.

Menurutnya lagi, sudahlah golongan OKU susah, orang ramai turut memandang rendah dan dengan sengaja menggunakan kemudahan yang dikhaskan buat orang kurang upaya.

Ras Adiba yang merupakan bekas personaliti televisyen turut menganggap tindakan individu itu sangat biadap dan kurang ajar.

Di hantaran lain, terdapat satu lagi kejadian memaparkan dua orang individu mengejek pergerakan orang kurang upaya untuk masuk ke tandas.

Dengan rasa kesal, Ras Adiba mempersoalkan mengapa mereka sanggup berkelakuan sedemikian.

Kredit: Instagram Ras Adiba Radzi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas