Connect with us

Oh! Media

“Kami Terkejut Mereka Dikurung..” – MFL Dedah Layanan Rumah Kebajikan

MFL

Oh! Tidak

“Kami Terkejut Mereka Dikurung..” – MFL Dedah Layanan Rumah Kebajikan

Bulan Ramadan sepatutnya jadi waktu paling mulia untuk berkongsi rezeki. Tapi, lain pula kisah yang dialami oleh pasukan Malaysia Fight League (MFL) apabila mereka mengunjungi sebuah rumah kebajikan di Selangor baru-baru ini.

Kehadiran MFL sebenarnya bertujuan murni, nak menceriakan anak-anak yatim dengan makanan, hadiah dan sumbangan. Tapi apa yang mereka lihat dan alami di sana ternyata sangat menyedihkan.

IKLAN

“Macam haiwan dikurung” – Pendedahan mengejutkan MFL…

Melalui perkongsian di media sosial mereka, MFL mendedahkan layanan kejam yang dialami oleh anak-anak di rumah kebajikan itu. Menurut mereka, pengurus rumah berkenaan langsung tak benarkan interaksi dengan penghuni.

Alasan yang diberikan? Budak-budak tu ‘nakal’. Malah, ada antara mereka dikurung dalam bilik berkunci dan hanya sebahagian kecil dibenarkan bertemu pihak MFL.

Hadiah tak dapat, makanan diberikan pun hampir rosak…

Paling mengecewakan, makanan dan hadiah yang dibawa tak dibenarkan diberikan kepada anak-anak tersebut. Kata MFL, penghuni turut berkongsi yang mereka sering dapat makanan rosak atau yang hampir tamat tempoh.

Lebih menyayat hati, baju-baju baru dari penderma juga tidak pernah diserahkan kepada mereka. Sebaliknya, didakwa hanya disimpan oleh penjaga sendiri.

Suami pengurus tengking penghuni…

Ketika cuba berurusan dengan suami pengurus pusat tersebut, pihak MFL terdengar suara wanita menengking penghuni. Akhirnya, mereka hanya mampu ambil gambar sebagai bukti dan terpaksa bawa pulang semula semua pemberian itu.

Menurut MFL, ini adalah kali pertama mereka berdepan dengan situasi seburuk ini selepas berkunjung ke pelbagai rumah kebajikan sebelum ini.

#ApaKataOhmedia

Tak masuk akal macam mana sebuah rumah kebajikan yang sepatutnya jadi tempat perlindungan, boleh berubah jadi tempat trauma untuk anak-anak kecil. Layanan sebegini bukan sahaja kejam, malah boleh tinggalkan kesan emosi yang mendalam.

Ohmedia harap pihak berkuasa ambil tindakan segera dan siasat apa sebenarnya yang berlaku. Kalau benar seperti yang didedahkan, rumah kebajikan ini tak layak terus beroperasi.

Kredit: Instagram
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas