Connect with us

Oh! Media

“Kami Sedang Berusaha Supaya Kabinet Ini Tak Tahan Lama” – Shahidan Kassim

Oh! Tidak

“Kami Sedang Berusaha Supaya Kabinet Ini Tak Tahan Lama” – Shahidan Kassim

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa terdapat usaha yang sedang giat dibuat untuk memastikan PN menjadi kerajaan semula.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mahiaddin Yassin Seolah-Olah Terus Meroyan Bila Gagal Dilantik Sebagai PM” – Zahid Hamidi

Memetik laporan MalaysiaKini, Shahidan memberi gambaran bahawa kabinet kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama.

Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.

Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN iaitu PAS.

Shahidan juga menyifatkan bahawa barisan jemaah menteri yang diumumkan Anwar terdiri daripada mereka yang tiada pengalaman dan kurang kepakaran.

Yang pertamanya kurang kepakaran pada pandangan mereka. Itu sebab mereka terpaksa lantik orang kalah untuk jadi menteri.

Padahal orang kalah ini orang yang sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar memimpin lagi. Dia jadi pengikut sudahlah ataupun jadi senator biasa.

Ahli parlimen ramai yang hebat tetapi tak dilantik, di kalangan Umno dan DAP, untuk menerajui kementerian-kementerian penting tapi mungkin dia (Anwar) anggap mereka ini tidak pandai ataupun tidak pakar, hingga terpaksa lantik mereka yang kalah.

Dalam pada itu, Shahidan memaklumkan bahawa sekiranya terdapat rakan-rakan dari UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan lagi, mereka dari PN bersedia menerima dan mempercayai mereka.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas