Connect with us

Oh! Media

“Kakak Berbau Masam” – Isteri Mangsa Tanah Runtuh Dedah Perbualan Terakhir Arwah

Trending

“Kakak Berbau Masam” – Isteri Mangsa Tanah Runtuh Dedah Perbualan Terakhir Arwah

Baru-baru ini, terjadi sebuah kejadian tanah runtuh di di Seksyen 27, KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Cameron Highlands yang dipercayai berlaku akibat hakisan tanah ekoran hujan lebat.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Dua Kenderaan Dipercayai Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Lebih menyayat hati, dua lelaki disahkan terkorban dalam kejadian itu iaitu seorang pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi dan pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng.

Misi mencari dan menyelamat mangsa telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan dua anjing pengesan (K9) dan hanya mengesan dua kenderaan setakat ini.

Bagaimanapun, mayat kedua-dua mangsa berjaya dijumpai kira-kira pukul 10 malam semalam dan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

Isteri mangsa tanah runtuh sebak, terkejut dengar berita pemergian arwah

Sementara itu, Isteri arwah Muhammad Hafiz, Nor Shahida Saidin turut meluahkan rasa sebak melihat suami tercintanya pergi meninggalkannya bersama dua cahaya mata.

Dia hanya dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang rakan sekerja arwah yang datang ke rumahnya untuk memaklumkan akan perkara tersebut.

Nor Shahida ketika hadir ke Unit Forensik HRPB Ipoh, hari ini bagi mengurusan jenazah arwah suaminya. (Sumber: Harian Metro)

Mula-mula memang ada tengok dalam kumpulan WhatsApp keluarga menceritakan kes tanah runtuh itu namun tak sangka suami saya.

Saya ingatkan dia sibuk bekerja. Selalunya kalau ada apa-apa kejadian, dia (arwah) akan kongsi dalam kumpulan WhatsApp itu.

Arwah pernah mengadu penat, ingin berhenti kerja

Selain itu, Shahida juga turut mendedahkan permintaan arwah apabila pernah meluahkan hasrat untuk berhenti kerja kerana mengadu sakit badan dan penat.

Katanya, hampir setiap hari suaminya akan berulang-alik dari kediamannya di Tanjung Piandang, Perak ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur.

Bila kami berbincang baru-baru ini, arwah menyatakan keinginan berhenti kerja kerana mengadu sakit-sakit pada badan sejak dua tiga hari lalu. Dia juga ada kata nak bawa lori treler selepas berhenti kelak.

Katanya kalau bawa treler, dia hanya akan berpeluang balik rumah selang seminggu justeru terpaksa meninggalkan saya dan anak-anak di rumah.

Tidak berkelakuan aneh, sempat usik anak sulung

Tambahnya, suaminya juga tidak berkelakuan pelik sebelum kejadian dan kali terakhir dirinya bertemu dengan arwah adalah pada waktu Subuh semalam.

Dia sempat cium saya dan anak-anak sambil mengusik anak sulung dengan mengatakan ‘kakak berbau masam’.

Selain itu, arwah juga sempat meluahkan hasrat ingin menaja sebahagian daripada persediaan kahwin adiknya yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.

Terlalu sebak rasanya sampaikan tak mampu saya kongsikan mengenai kenangan terakhir saya bersama arwah. Hinggakan malam tadi saya tak boleh tidur kerana terkenang.

Walaubagaimanapun, jenazah Muhammad Hafiz bakal disemadikan hari ini di Perkuburan Islam Parit Tanjung Piandang, di Parit Buntar selepas solat Asar.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin.

Kredit: Harian Metro I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas