Connect with us

Oh! Media

Jijik! Peniaga Jalanan Simpan Jeruk Dalam Longkang, Berhampiran Loji?

dalam longkang

Trending

Jijik! Peniaga Jalanan Simpan Jeruk Dalam Longkang, Berhampiran Loji?

Menjijikkan, sekumpulan peniaga jalanan yang menjual jeruk telah tertangkap menyimpan dan menyorokkan produk di dalam longkang berhampiran kawasan loji kumbahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Betul Ke Ni Dekat Malaysia? Baru Dua Minggu Buka Lebuh Raya Bukit Kukus Dicemari Sampah Sarap

Menerusi laporan Harian Metro, perbuatan itu terbongkar apabila pihak dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (JSPT) mengadakan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda pada jam 2.30 petang semalam, menurut Superintendan M Kumarasan, Ketua JSPT.

Sorok di kawasan kumbahan untuk elak diambil pihak berkuasa

Ops tersebut dibuat selepas mendapat aduan yang semakin berleluasa daripada masyarakat di sekitar kawasan Johor Bahru.

Menurut M Kumarasan, operasi yang diketuai oleh Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar, PT Penguatkuasa JSPT Johor, merupakan operasi berkala yang dijalankan untuk menangani isu penjaja jalanan.

Berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, sebanyak 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan di dalam negeri Johor dan tumpuan utama adalah di persimpangan lampu isyarat di laluan utama.

Hasil operasi yang mendapati bungkusan makanan pencuci mulut itu disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi mengelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa.

Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menjijikkan, tetapi membahayakan kesihatan orang awam dengan risiko penyakit bahaya disebarkan sekiranya makanan tersebut tercemar.

Mana-mana individu yang menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual dan membeli boleh diambil tindakan mengikut kaedah 10A (1) & kaedah 10A (2) LN 166/59 dan boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Malah di bawah undang-undang kecil PBT, ia juga perbuatan melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan kompaun dan sita semua barang-barang yang dijaja.

M Kumarasan mengingatkan supaya aktiviti menjaja di jalan awam ini perlu dihentikan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, terutama kemalangan dan gangguan kelancaran aliran trafik.

Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk tidak bersimpati terhadap penjaja jalanan ini kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang mengupah warga asing dan tak peduli akan kebersihan makanan yang dijual.

Harap ini menjadi pengajaran buat semua untuk tidak membeli lagi jeruk atau sebarang makanan yang dijual di jalan awam. Bukannya apa, kita tak tahu tahap kebersihan makanan yang dijual, takut-takut boleh membawa padah kepada diri sendiri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas