Connect with us

Oh! Media

Betul Ke Ni Dekat Malaysia? Baru Dua Minggu Buka Lebuh Raya Bukit Kukus Dicemari Sampah Sarap

bukit kukus

Trending

Betul Ke Ni Dekat Malaysia? Baru Dua Minggu Buka Lebuh Raya Bukit Kukus Dicemari Sampah Sarap

Keadaan seperti inilah yang membuatkan kita rakyat Malaysia masih dilihat seperti berada pada tahap pemikiran kelas ketiga. Sebelum ini kita dapat melihat keadaan sampai sarap di kawasan sungai dan nampaknya ia berulang. Kali ini situasi yang sama berlaku di Lebuh Raya Bukit Kukus selepas tersebar gambar sampah sarap di situ.

ADVERTISEMENT

Lebuh raya yang baru sahaja dibuka sejak dua minggu lalu (13 Januari 2022) sememangnya mencipta sejarah bila ia menjadi lebuh raya tertinggi di Malaysia.

Bagaimanapun, orang ramai yang melalui lebuh raya di Pulau Pinang ini menyalahgunakan sebagai satu tempat perhentian untuk bergambar dan melepak pula. Hasil dari aktiviti itu, pihak PBT sebelum ini terpaksa menghalau pengguna lebuh raya kerana bimbang berlaku sebarang kemalangan tidak diinginkan.

Sampah sarap memenuhi tepi lebuh raya

Terbaru, melalui perkongsian gambar di Facebook dari Penang Kini menunjukkan keadaan sampah sarap seperti bekas minuman dan makan bersepah-sepah atas lebuh raya.

Keadaan ini sememangnya menzahirkan rasa kecewa rakyat Malaysia kerana masih ada yang tidak mempunyai akal dan suka buang sampah di tempat tidak sepatutnya.

Tidak tahu lagi macam mana nak didik sikap pengotor sesetengah manusia ni. Diharapkan pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu dengan melakukan rondaan dan denda mereka yang didapati membuang sampah.

Kredit: Facebook Penang Kini

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas