Connect with us

Oh! Media

Jangan Abaikan Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat! Ini 11 Negeri Yang Terlibat Hingga Malam

met malaysia

Trending

Jangan Abaikan Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat! Ini 11 Negeri Yang Terlibat Hingga Malam

Diharapkan rakyat Malaysia tidak kira berada di mana-mana sekalipun untuk tidak mengabaikan amaran ribut dan hujan lebat yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

ADVERTISEMENT

Berdasarkan kemaskini MetMalaysia pada jam 5.05 petang tadi, amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka akan melanda beberapa negeri di Malaysia sehingga jam 9 malam. Antara kawasan yang terlibat adalah seluruh kawasan di Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Beralih ke negeri Kedah pula, antara kawasan yang dijangka terlibat adalah Bandar Baharu dan Kulim. Manakala di negeri Pahang, melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Lipis dan Raub. Selain itu, di Negeri Sembilan pula membabitkan kawasan di Jelebu, Jempol, Rembau dan Tampin.

Negeri Johor pula melibatkan kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru. Perak pula melibatkan kawasan di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Selangor, Sarawak dan Sabah turut mengalami situasi yang sama dan penduduk di kawasan terbabit diminta mengambil langkah berjaga-jaga.

Kredit: Twitter MetMalaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas