Connect with us

Oh! Media

Isu Pelanggaran SOP Di KLCC, Penganjur Dikompaun RM1,000

Trending

Isu Pelanggaran SOP Di KLCC, Penganjur Dikompaun RM1,000

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menerusi satu kenyataan media meluahkan rasa kesal dengan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ADVERTISEMENT

BACA: Langgar SOP, Tiga Parti Politik Dikompaun RM18,000

Menurutnya, kegagalan penganjur memastikan kepatuhan kepada SOP dan kegagalan pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan telah mencemari majlis yang sepatutnya mempamerkan pencapaian 100 hari kerajaan.

Sehubungan dengan itu, satu kompaun bernilai RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342) telah dikeluarkan kepada penganjur acara.

Selain itu, kaunter diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ada di KLCC akan ditutup serta merta petang ini.

Tambahnya, penganjuran majlis rasmi seperti ini seharusnya dijadikan contoh dan tauladan terbaik kepada agensi-agensi lain.

Sebagai sebuah kerajaan, mereka harus berpegang kepada standard yang sama seperti yang dikenakan ke atas rakyat.

Kenyataan media:

Kredit: Twitter Khairy Jalamuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas