Connect with us

Oh! Media

Isteri Hilang Di Subang U5 Ditemui Selamat, Misteri Kehilangan Selama Tiga Hari Terungkai

Ohmedia isteri Hilang

Oh! Tidak

Isteri Hilang Di Subang U5 Ditemui Selamat, Misteri Kehilangan Selama Tiga Hari Terungkai

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai luahan suami yang buntu di mana lagi mahu mencari isteri yang dilaporkan hilang.

Suami, Mohamed Amin Mohamed Ali berkata, isterinya Nurul Syahira Anuar gagal dikesan selepas  keluar dari rumah di Subang U5 kira-kira jam 10 malam dengan menaiki kereta Perodua Kelisa. 

Isteri ditemui selamat lepas 3 hari hilang

Isteri

Terbaru, Harian Metro melaporkan Nurul Syahira yang hilang sejak Selasa akhirnya ditemui selamat sekitar 7 malam tadi.

IKLAN

Rupa-rupanya, Nurul Syahira ditemui di bawah jejantas berhampiran sebuah pusat beli-belah kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

Suaminya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menghebahkan kehilangan isterinya.​

Isteri kelaparan tak makan sepanjang hilang

Polis
Sekadar gambar hiasan

Katanya, ketika ditemui isterinya seperti hilang arah dan tidak tahu nak ke mana walaupun lokasi dia berada tidak jauh dari rumah.

Menurut Mohamed Amin, isterinya memberitahu bahawa dia menaiki kenderaan e-hailing dan berhenti di lokasi berkenaan, namun tidak mengingati apa yang berlaku sepanjang tiga hari tersebut.​

Polis telah merakam keterangan Nurul Syahira sebelum suami membawanya pulang ke rumah. Setibanya di rumah, isteri kelaparan kerana tidak makan sepanjang tempoh kehilangannya.

Misteri kehilangan

Polis
Sekadar gambar hiasan

Terdahulu, Mohamed Amin memaklumkan pada malam kejadian mereka sekeluarga pulang ke rumah selepas melawat keluarga mentua yang tinggal berdekatan.

Beliau menunggang motosikal kerana pulang dari tempat kerja manakala isteri bersama tiga anak mereka menaiki kereta Perodua Kelisa.​

Setibanya di rumah, Mohamed Amin mendapati isterinya telah meninggalkan anak-anak di rumah dan keluar semula menaiki keretanya.

Isteri gagal dihubungi menyebabkan Mohamed Amin memeriksa aplikasi navigasi GPS yang dipasang pada kenderaan itu.

Namun, beliau hanya menemui kereta isterinya yang rosak ditinggalkan di kawasan Plaza Tol Bukit Jelutong, Shah Alam.

Pengawal keselamatan memberitahu isteri menaiki kenderaan e-hailing. Mohamed Amin kemudian tampil membuat lpaoran polis.

Ohmedia isteri Hilang

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas