Connect with us

Oh! Media

Isteri Dedah Safee Sali Tergamak Lafaz Cerai Guna ‘Voice Note’ Dan Diam-Diam Kahwin Lain Di Siam

Safee Sali

Oh! Tidak

Isteri Dedah Safee Sali Tergamak Lafaz Cerai Guna ‘Voice Note’ Dan Diam-Diam Kahwin Lain Di Siam

Sebelum ini, isteri kepada bekas pemain bola sepak, Safee Sali iaitu Fitria Elfina Maharip mendedahkan sudah sebulan dirinya tidak berjumpa dua anaknya yang dibawa Safee keluar dari rumah.

ADVERTISEMENT

Bukan tu jer, dia juga didakwa meninggalkan anak-anaknya dan pulang ke Batam, Indonesia juga antara punca difailkan nusyuz.

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, Fitria tampil perjelas perkara sebenar dan mengakui yang mentalnya didera selama setahun sebelum Safee failkan nusyuz.

Dia juga berkata yang dirinya tidak berbuat demikian tapi meletakkan anak-anak mereka di rumah anak buahnya sebab kedua-dua pasport mereka dipegang Safee.

Saya tidak tinggalkan anak sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua-dua pasport mereka dipegang Safee.   

Dia juga tidak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab mahu mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang.   

Saya ke Batam pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia mahu berjumpa abang saya. Benda ini (pulang ke Batam) tidak boleh diclaim nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang.

Fitria juga memberitahu dia tidak tahan didera secara mental berhari-hari selepas dapat tahu yang suaminya itu telah bernikah secara diam-diam pada 26 Januari lepas di Siam. Pulak dah!

Bukan tu jer, Safee Sali juga dikatakan tergamak lafaz cerai kepadanya menerusi voice note dan menghalaunya dari rumah sewa pada 11 Februari lepas.

Apapun, kita tunggu penjelasan dari Safee Sali pula. Semoga yang baik-baik saja buat mereka berdua.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas