Connect with us

Oh! Media

“Integriti, Profesional, Mesra” – Pegawai Imigresen Menjerit Dan Keluar Kata Kesat Ditukar Ke Bahagian Lain

Oh! Tidak

“Integriti, Profesional, Mesra” – Pegawai Imigresen Menjerit Dan Keluar Kata Kesat Ditukar Ke Bahagian Lain

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video memaparkan pergaduhan di antara pegawai Imigresen dan orang awam di UTC Selangor, Anggerik Mall, Shah Alam.

ADVERTISEMENT

Orang awam yang terlibat telah membuat laporan polis mendakwa tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya ketika berurusan di kaunter pejabat Imigresen.

BACA: Lelaki Lapor Polis Dakwa Dimaki, Dihalau Pegawai Imigresen

Terbaru, Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan serta merta dengan menukarkan pegawai yang terlibat ke bahagian lain.

Malah, satu kertas siasatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam juga akan dibuka dengan segera oleh Bahagian Integriti jabatan ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Sri Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan media berkata, walaupun siasatan awal mendapati ada unsur provokasi daripada orang awam tersebut, namun tindakan yang diambil pegawai bertentangan dengan slogan jabatan iaitu “Integriti, Professional, Mesra”.

Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pegawai Imigresen yang merupakan penjawat awam.

Jelasnya, sebagai pegawai Imigresen beliau hendaklah bijak mengawal diri dan profesional apabila berdepan dengan provokasi lisan daripada orang awam kerana pegawai sudah diberi latihan dan tunjuk ajar yang cukup.

Namun begitu, tindakan provokasi orang awam juga amat dikesali. Jabatan Imigresen telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memperbaharui pasport antaranya permohonan atas talian dan pemanjangan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad.

Kenyataan penuh

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas