Connect with us

Oh! Media

Ini Tarikh Bekalan Air Selangor Dijangka Pulih

bekalan air

Oh! Tidak

Ini Tarikh Bekalan Air Selangor Dijangka Pulih

Pengurusan Air Selangor memaklumkan, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada penduduk Lembah Klang bermula jam 5 petang, hari Khamis esok.

ADVERTISEMENT

BACA: 4 Hari Tiada Air, Penduduk Lembah Klang Diminta Simpan Air Secukupnya

Menerusi laman Berita Harian, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elena Baseri, berkata bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, Sabtu ini.

Bantuan air alternatif 

Foto: Berita Harian

Kata Elena, bekalan air dijangka pulih selepas kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dimulakan pada jam 9 pagi ini.

Kerja penyenggaraan aset utama ini dijangka siap pada jam 11 malam ini. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan pusat pemberian vaksin (PPV) akan disalurkan bantuan air alternatif melalui lori tangki.

Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan ini akibat dari Pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di LRA SSP1. Namun, pelaksanaan ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk memastikan keselesaan rakyat pada masa akan datang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top