Connect with us

Oh! Media

Ini Taktik Baru Scammer Songlap Wang Tanpa Sedar, Hati-Hati Semua!

Oh! Tidak

Ini Taktik Baru Scammer Songlap Wang Tanpa Sedar, Hati-Hati Semua!

Sebut sahaja pasal scammer rata-rata warganet akan mengingatkan tentang pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencuri duit daripada mangsa dengan menggunakan taktik yang licik.

ADVERTISEMENT

BACA: Menipu Atau Direnjat Elektrik, Nasib Scammer Kena ‘Scam’

Baru-baru ini, satu ciapan di Twitter memaklumkan mengenai seorang wanita yang telah ditipu oleh scammer dengan terpaksa membayar sebuah bungkusan barang secara cash on delivery (COD).

Tak beli barang

Menurut ciapan tersebut, wanita itu mendakwa telah menerima sebuah bungkusan barang yang tidak dibeli dan terpaksa membayar sebanyak RM 69. Selain itu, wanita itu juga turut memasukkan beberapa komen daripada mangsa ke dalam thread ciapan itu untuk memaklumkan lebih ramai mangsa yang telah terkena taktik scammer tersebut.

Ada antara mangsa yang memaklumkan barang yang diterima adalah seperti bag, botol air, set sudu plastik dan beberapa barangan yang lain namun perlu membayar dalam sekitar RM69 ke RM79. Alamat bagi penghantar barang tersebut bernama Zombie Online Shop, namun pemakluman alamat mangsa masih lagi menjadi persoalan hingga kini.

Jadi kepada pengguna media sosial diharapkan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi.

Kredit: Twitter | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas