Connect with us

Oh! Media

Ini Syarat Utama Diletakkan Hodak Kalau Mahu Dia Gantikan Tugas Cheng Hoe

bojan hodak

Oh! Tidak

Ini Syarat Utama Diletakkan Hodak Kalau Mahu Dia Gantikan Tugas Cheng Hoe

Sebelum ini skuad Hariau Malaya telah gagal mencapai sasaran ke final Piala AFF di Singapura yang hanya menamatkan kempen di tangga ketiga Kumpulan B. Keputusan itu telah membuatkan pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe untuk melepaskan jawatannya.

ADVERTISEMENT

Sejak itu, banyak cerita kita dengar tentang siapa yang bakal mengambil alih tugas berat ini. Ada pihak yang cadang untuk ambil jurulatih luar dan ada juga yang masih ingin mengharapkan jurulatih tempatan.

Antara nama yang dilihat sesuai untuk menggalas tugas ini adalah Bojan Hodak pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City). Bagaimanapun sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serius mahu khidmatnya, ada syarat utama yang perlu diberikan.

“Satu-satunya syarat saya ialah saya bebas untuk melakukannya dengan cara saya.” – Kata Bojan Hodak.

Bekas jurulatih Kelantan, Johor Darul Ta’zim dan skuad bawah 19 (B-19) sebelum ini telah menunjukkan prestasi yang baik. Untuk menggalas tugas berat itu, nampaknya Hodak tidak mahu langsung ada campur tangan pihak luar yang akhirnya memberi keputusan yang buruk.

Setakat ini cara saya bekerja menunjukkan hasil dalam setiap pasukan tempat yang saya bekerja setakat ini. – Kata Hodak yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia buat KL City.

Semoga kita dapat lihat perubahan positif dalam skuad negara tidak lama lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas