Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

“Ini Sangat Biadap!” – Ibu Neelofa Tampil Bersuara Isu Ameera Khan Dituduh Letak Taruhan Kuda

Sebelum ini, perkongsian pensohor media sosial dan juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan telah mencuri tumpuan warga maya gara-gara fotonya di trek lumba kuda dengan kapsyen mengundang kritikan warga maya.

Perkongsian Ameera itu kemudiannya dikongsi semula ke platform X sehingga ada pihak yang mensensasikan keberadaan wanita itu di trek lumba kuda itu seperti berjudi.

IKLAN

Ibu kepada Ameera, Noor Kartini tampil meluahkan rasa berang gara-gara foto anaknya dijadikan ‘headline’ untuk menjual barang oleh sebuah page di Facebook.

“Family tak tegur ke? Ameera pula kantoi berjudi, netizen nampak dia masuk” antara kapsyen sebelum page itu meletakkan link menjual barang.

Menurut laporan mStar, Noor Kartini atau lebih mesra disapa sebagai Mama Tinie itu kemudian menyifatkan perkongsian itu sebagai sangat biadab kerana sanggup mengeluarkan kata fitnah terhadap anak-anaknya.

Ini sangat biadab, nak berniaga biarlah rezeki yang halal. Bukan sanggup fitnah macam ni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang dan meminta ibu kepada personaliti Neelofa itu agar menyaman pengendali page Facebook berkenaan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas