Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Pilot Pesawat MAS Yang ‘Power’ Mendarat Masa Taufan Eunice!

pilot psawat MAS

Trending

Ini Rupanya Pilot Pesawat MAS Yang ‘Power’ Mendarat Masa Taufan Eunice!

Beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila pilot pesawat Malaysia Airlines (MAS) mendarat dengan sangat baik di Lapangan Terbang Heathrow, London, semasa taufan Eunice melanda negara tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kudos Pilot!” – Netizen Bangga Lihat Pesawat MAS Mendarat Semasa Taufan Eunice di UK

Rakaman video daripada Big Jet TV telah menunjukkan kecekapan juruterbang MAS dalam mengendalikan pesawat dan melakukan pendaratan dengan smooth dan flawless semasa taufan melanda.

Abang kepada Hero Remaja

pilot pesawat MAS
Fazziq bersama abangnya, juruterbang MAS.

Kecekapan juruterbang itu telah menarik perhatian orang ramai, bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia! Mat Salleh pun tabik dengan juruterbang kita yang melakukan pendaratan yang sangat baik itu.

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah juruterbang yang hebat diperkatakan orang tu kan? Haa kalau korang nak tahu, juruterbang yang menjadi pujaan ramai itu merupakan abang kepada Fazziq Muqris, 2nd Runner Up Hero Remaja 2021.

Menurut laman Remaja, Fazziq dikatakan sangat bangga dan keluarganya terkejut apabila mengetahui abangnya yang telah melakukan pendaratan kapal terbang MAS dengan sangat baik.

Perasaan Fazziq, of course I’m proud of my brother! Benda yang orang tak berani buat, He managed to do it.

Also salute to him and also his captain. Plus, my brother yang send the video to family group, was shock knowing that was him who landed the airplane smoothly.

And yes, ibu ayah was so proud of my brother’s achievements!

Ramai yang terpesona dengan kehebatan juruterbang itu. Semoga lepasni lebih ramai jureterbang dapat mengawal pesawat dengan baik semasa situasi kecemasan berlaku!

Kredit: Remaja

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas