Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Ibu Kak Long 7E Bila Anak Masuk TV, Percaya Ada Bakat Dan Dapat Harumkan Nama Negara

Ohmedia kaklong7e

Trending

Ini Respon Ibu Kak Long 7E Bila Anak Masuk TV, Percaya Ada Bakat Dan Dapat Harumkan Nama Negara

Hari ini nama Kak Long 7E tiba-tiba kembali menjadi sebutan selepas tersebar gambar menunjukkan dirinya dijemput dalam satu program di stesen TV ALHIJRAH. Kemunculannya dalam program tersebut bagaimanapun mendapat kecaman walaupun ia belum lagi dtayangkan.

BACA: Dikecam Panggil Kak Long 7E Sebagai Tetamu, Stesen TV Tangguh Siaran Program

Pihak TV ALHIJRAH dalam satu kenyataan rasmi bagaimanapun telah menjelaskan perkara sebenar dan turut memutuskan untuk menangguh tayangan program terbabit.

IKLAN

Memetik laporan mStar yang menghubungi sendiri Kak Long 7E memaklumkan dia berharap agar orang ramai menghentikan kecaman ke atas dirinya dan stesen TV terbabit.

Terharu dijemput pihak TV ALHIJRAH

Kak Long 7E memaklumkan dia berasa kecewa dengan kecaman berterusan dari orang ramai dan merasakan rezekinya akan tersekat.

Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kecaman berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus.

Sudah-sudah kecam saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya mohon netizen hentikan kecaman terhadap TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir. – Katanya.

Suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya

Kak Long 7E turut memaklumkan dia sudah penat untuk baca kecaman tanpa henti. Sekarang dia hanya ingin jalankan kehidupan normal bersama keluarga dan perlu berniaga untuk teruskan hidup dengan suami serta anak-anak.

Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya. – Katanya lagi.

Ibu kandung Kak Long 7E turut kasihan dengan nasib yang menimpa anaknya.

Image

Dalam pada itu, ibu kepada Kak Long 7E iaitu, Kamsah Haizam, 54 tahun turut meluahkan rasa sedih melihat nasib anaknya itu. Makcik Kamsah sedih melihat kecaman tiap kali membuka Facebook yang datangnya dari orang ramai dan juga orang yang dikenali.

Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah. Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengecam termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.

Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah

Ibu percaya Kak Long 7E berbakat

Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan. Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti. – Jawab Makcik Kamsah tentang Kak Long 7E dijemput ke TV ALHIJRAH.

Kita doakan sahaja yang terbaik buat Kak Long 7E agar apa yang berlaku ke atas dirinya dijadikan pengajaran serta berubah jadi lebih baik.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas