Connect with us

Oh! Media

Ini Penjelasan Muhyiddin Tentang Pengeluaran Caruman KWSP Akaun Satu

Trending

Ini Penjelasan Muhyiddin Tentang Pengeluaran Caruman KWSP Akaun Satu

Kita tahu sekarang ni ramai yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan kerajaan telahpun membenarkan rakyat mengeluarkan caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, terdapat cadangan untuk mengeluarkan caruman akaun satu KWSP untuk digunakan bagi mengurangkan beban rakyat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin beranggapan yang cadangan pengeluaran wang caruman di akaun satu sangatlah sukar, bukan disebabkan kerajaan tidak mahu.

BACA : Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Melalui Akaun Kedua – PM

Muhyiddin juga berkata yang jika kerajaan membenarkan perkara tersebut, korang akan hadapi masalah yang lebih sukar di masa akan datang. Menerut Harian Metro, beliau juga mengatakan tanpa mengeluarkan segala simpanan yang berbaki tu pun kerajaan sudah menyediakan berbillion ringgit kepada semua rakyat yang terbeban.

Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa kerajaan tidak membenarkan. Jadi, kita semua haruslah berjimat-cermat, mementingkan keperluan dan berbelanja dengan bijak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca penjelasan PM di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas