Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Lelaki Yang Pukul Warga Asing Tunggang Basikal Guna Besi

Trending

Ini Alasan Lelaki Yang Pukul Warga Asing Tunggang Basikal Guna Besi

Sebelum ini kami melaporkan terdapat satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki warga asing dipukul seorang lelaki dengan sebatang besi.

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Video Lelaki Pukul Warga Asing Tunggang Basikal Guna Besi

Menurut laporan Berita Harian, suspek telahpun memberi keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan dan punca kejadian adalah salah faham antara suspek dan warga asing tersebut.

Suspek yang tiba di persimpangan itu mahu membelok ke kiri kemudian mangsa beranggapan bahawa suspek ingin himpit lalu melanggarnya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

Oleh kerana salah faham, suspek telah memukul mangsa kerana mangsa telah memaki hamun serta mencabar suspek.

Walaubagaimanapun, mangsa masih belum dikenalpasti dan tidak membuat laporan polis. Kes ini disiasat kes disiasat di mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan permohonan perintah untuk siasat (OTI) akan dibuat.

Tapi kalau salah faham pun, janganlah sampai pukul mangsa sampai macam tu sekali. Kesian dekat dia! 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas