Connect with us

Oh! Media

“Ingat 43 USD…” – Netizen Terkejut Lihat Tawaran Gaji Bibik Ratu Elizabeth

ratu elizabeth

Trending

“Ingat 43 USD…” – Netizen Terkejut Lihat Tawaran Gaji Bibik Ratu Elizabeth

Iklan mencari pembantu rumah profesional buat Ratu Elizabeth telah dikemukakan oleh Keluarga Diraja Britain untuk memastikan kediaman istana berada di dalam keadaan yang bersih dan terjaga.

ADVERTISEMENT

BACA: Uncle Kentang Terima Anugerah ‘Point Of Light’ Dari Ratu Elizabeth II

Menurut laman Kosmo, pembantu rumah akan bertugas selama 40 jam di Istana Buckingham ataupun di Istana Windsor.

Bayaran upah lebih rendah daripada gaji minimum rakyat Britain

ratu elizabeth

Bayaran gaji yang ditawarkan berjumlah £7.97 sejam, bersamaan RM43.88, kurang £1.93 (RM10) daripada kos sara hidup standard di Britain. Tetapi, pembantu rumah yang layak diambil kerja itu bakal menerima tempat tidur dan makanan yang disediakan oleh istana. Korang rasa berbaloi tak?

Haa bukan tu je, bibik tersebut juga bakal memiliki 15 peratus skim pencen caruman majikan tambah faedah dan 33 hari cuti, termasuklah cuti umum.

Ini adalah laluan kerjaya dalam hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.

Sertai pasukan profesional kami, anda akan membersihkan dan menjaga pelbagai ruang dalaman dan barangan serta memastikan ia dipersembahkan dengan sebaik mungkin.

Ratu Elizabeth suka untuk melihat keupayaan bakal pembantu rumahnya untuk menangani cabaran dan skills baru, jadi, sesiapa yang berminat tidak semestinya memiliki pengalaman dalam bidang tersebut.

Namun, meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang mengatakan jumlah bayaran yang dikenakan tinggi, dan ada juga yang berkata sangat rendah.

Ada yang ingat bayaran yang ditawarkan adalah 43 USD, bukannya RM43 sejam.

Jadi, kalau ada yang berminat dan berkelayakan nak mohon sebagai pembantu rumah yang duduk di Istana, bolehlah hantar resume korang okay! Haha.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas