Connect with us

Oh! Media

Indonesia Mendunia Selepas Tentera Rusia Jumpa Indomie Dalam Markas Tentera Ukraine

indomie

Oh! Tidak

Indonesia Mendunia Selepas Tentera Rusia Jumpa Indomie Dalam Markas Tentera Ukraine

Orang Asia terutama Malaysia dan Indonesia pasti akan berasa bangga jika sesuatu dari negara mereka digunakan oleh negara luar. Terbaru, rakyat Indonesia berasa bangga selepas bungkusan mee segera Indomie goreng dari negara itu dijumpai di dalam markas milik Ukraine.

ADVERTISEMENT

Gambar bungkusan Indomie itu dikongsikan wartawan dari agensi berita RIA Novosti selepas pihak tentera Rusia berjaya mengesan markas tentera Ukraine pada hari Jumaat lepas.

Semua bekalan makanan tidak terjual di Ukraine.

Banyak bungkusan makanan kosong, bungkusan dan kotak yang tidak disentuh berselerak di seluruh banggunan. Semua ini buatan asing, anda tidak boleh membeli barangan seperti itu di Ukraine, kerepek Amerika, muesli British, bar bijirin, wafel. mee segera dan gula dari negara lain. Terdapat juga kotak rokok. – Tulis wartawan terbabit.

Disebabkan itu, pejuang Republik Rakyat Luhansk (LPR) merasakan ada askar upahan asing yang menjaga kawasan terbabit atau mungkin Barat sedang melatih tentera Ukraine di sana.

Rakyat Indonesia rasa bangga!

Tidak kiralah barang itu dijumpai di kawasan perang atau apa, rakyat Indonesia sudah tentu rasa bangga. Perkara itu dikatakan sendiri oleh jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah yang merasakan penemuan Indomie itu membuktikan penggemar produk Indonesia datang dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Walaupun mee segera itu ditemukan di lokasi perang, tapi rakyat Indonesia masih berbangga kerana makanan jenama tempatan turut menjadi pilihan komuniti antarabangsa.

Apapun, kita harapkan agar perang yang tercetus ini berakhir cepat dan dapat diselesaikan secara damai.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas