Connect with us

Oh! Media

Instafamous Ditahan Polis Selepas Persembahkan Penari Separuh B*gel Dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

instafamous

Trending

Instafamous Ditahan Polis Selepas Persembahkan Penari Separuh B*gel Dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Lapor Kosmo Online, seorang Instafamous yang dikenali sebagai Cik Lala dilaporkan telah ditahan pihak polis berikutan tindakannya menempah beberapa orang penari pondan bagi aktiviti rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri, semalam.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berrlaku di Apartment berlokasi di Centralwalk I-City itu membawa kepada penahanan usahawan kosmetik itu setelah pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) bangunan kediaman tersebut.

Ini berikutan penduduk berasa terganggu dengan pembakaran bunga api dan juga aktiviti tarian separuh bogel penari-penari pondan berkenaan di kawasan perumahan tersebut.

miss lala penari separuh bogel

Malah, kejadian itu turut menjadi tular di TikTok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang memaklumkan kejadian itu telah berlaku antara jam 8 malam sehingga 11.30 malam di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City.

Ujar Iqbal, sekumpulan penari pondan itu telah membuat tarian separuh bogel berserta muzik yang kuat selain pembakaran bunga api di kawasan awam.

Penganjur program yang dikenali sebagai Cik Lala telah menyewa unit berkenaan pada harga RM4,000.

Ini adalah bagi majlis hari raya dengan jemputan seramai 50 orang yang terdiri daripada kawan-kawannya.

Manakala suspek kini direman sehingga esok dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas